Salam sejahtera semua… Disini saya ingin menyeru kepada saudara-saudari yang mengakui dirinya anak sabah, hati sabah, jiwa sabah dan cinta sabah sepenuh hati untuk bangkit dan berdiri teguh dalam menegakkan kebenaran dalam mempertahankan hak-hak kita sebagai anak sabah. Seperti yang anda semua sedia maklum, kita orang sabah telah mengalami banyak penindasan dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain. Dahulu pemimpin kita berjuang dalam isu-isu ini namun sekarang mereka sudah tidak mengendahkan semua ini kerana perjuangan yang mereka laungkan selama ini terlah bertukar menjadi perjuangan untuk survive dalam arena politik, perjuangan dalam mempertahankan kedudukan dalam kerajaan, perjuangan demi kepentingan peribadi DAN TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN HAK-HAK SABAH, KEPENTINGAN SABAH AMNYA DAN RAKYAT SABAH KHUSUSNYA!.
Dahulu ketika dibawah pemerintahan mahathir, dia telah mencipta satu sistem penggiliran ketua menteri. Mengapa? kerana dia tahu melalui sistem ini, akan terjadilah perebutan kuasa, akan terjadilah sikap pentingkan diri-sendiri, akan terjadilah perpecahan parti dari satu kepada banyak. Ramalan dia memang betul kerana setelah sistem ini dilaksanakan, parti yang kuat pada masa dulu disabah iaitu PBS berpecah dengan begitu banyak sekali. Untuk pengetahuan anda semua, pemimpin seperti Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Benard Dompok, dan kebanyakan pemimpin sabah adalah dalam satu parti PBS tapi mereka telah keluar dan menubuhkan parti masing-masing.
Memang tidak salah untuk mereka berbuat demikian tapi apa yang menjadi masalah ialah setelah hasrat mereka tercapai, mereka sudah lupa orang-orang yang mengundi mereka, mereka lupa tangguggjawab mereka, mereka berubah menjadi tanggang dan ini juga boleh diumpamakan seperti kacang lupakan kulit. Setelah musa aman menjadi ketua menteri sabah, sistem penggiliran terus dimansuhkan. Kenapa ini berlaku? Ini disebabkan oleh UMNO. Sebenarnya, sebelum ini mereka telah berusaha untuk mengawal dan menawan kerajaan sabah (politik) dengan tidak memberi peruntukan yang mencukupi untuk pembangunan sabah. Mereka mahu memaksa sabah menerima sistem pemerintahan mereka agar mereka dapat membantu. Tapi sebenarnya bukan untuk membantu tapi menghisap segala hasil bumi sabah dan disalurkan kedalam parti mereka dan juga untuk disalurkan kepada negeri disemenjung.
“20 PERKARA” yang menjadi asas perjanjian sabah sebelum bergabung dengan perseketuan tanah melayu kini telah diabaikan. Mereka (UMNO) juga telah merangka undang-undang yang mengatakan jika mereka beragama islam, bertutur bahasa melayu, dan ikut budaya melayu secara langsung akan menjadi melayu. Kenapa mereka merangka undang-undang seumpama ini? Ini disebabkan mereka ingin meraih sekongan terutama dari sabah. Orang sabah secara umunya tiada orang yang berbangsa melayu. Bangsa yang ada cuma kadazandusunmurut, bajau, cina, bisaya, suluk, dan lain-lain. Tapi setelah ada undang-undang ni, bajau yang memang pure bajau pun terus mengaku dirinya orang melayu, kadazandusun pun tidak terkecuali. Tengok saja si musa aman yang memang orang bajau terus jadi melayu. Apa semua ini?
Oleh itu, kita sebagai genarasi muda yang besemangat patrioritik sabah harus berdiri dalam memperjuangkan hak kita. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata tetapi untuk rakyat negeri kita, SABAH. Pilihan raya umum ke-12 sudah berakhir dan kita telah menyaksikan kemengan yang begitu besar disabah. Tetapi semua itu tidak akan berkekalan. Satu perubahan politik yang besar akan berlaku disabah pada pilihan raya ke-13 nanti yang mana parti pembangkang yang PKR dan DAP akan menguasai sabah. Ini disebabkan mereka memperjuangkan hak rakyat dan bukan parti mereka. Mereka mempunyai asas perjuangan yang kuat. Marilah kita semua lakukan perubahan ini dengan membantu menyedarkan orang tua kita, kawan-kawan kita dan orang sekitar kita akan masalah yang berlaku di sabah ini. Hanya PKR sahaja yang dapat membantu negeri kita untuk mendapatkan hak 20 PERKARA itu semula. Kepentingan dan hak kita akan pasti terjamin dan pembangunan yang pesat sudah pasti akan berlaku. Keadilan dalam sistem pendidkan dan ekonomi juga akan sangat terjamin. Percayalah.